Sabtu, 8 Julai 2017

Cerita Malam Minggu di V17

Seperti biasa jika berada di Base Station.. Rig akan sentiasa stanby di Frekuensi 145.2125Mhz..

Pada 9 Jul 17 lebih kurang jam 2215   dpt mendengarkan 3 station sedang QSO di Frekuensi Simplex V 17 iaitu 9W2ZQI sham di Sg Buloh,  9W2NNU Fai di Puchong dan 9W2VZQ Is yang sedang mobile di KESAS Highway. Pada malam ni aku cube TX menggunakan handy TYT TH F8 dalam keadaan 'Busy Mode' dan di bantu dengan antena 'Slim Jim'. Terus contact dan Short QSO, RX 9W2NNU baik 5/9, 9W2ZQI 4/8 ada kalanya agak menurun sedikit dan 9W2VZQ negatif copy..

Lebih kurang jam 2330 dpt recieve 1 contact iaitu 9W2OJS yang mobile di LDP..Respon dan dapatlah Short QSO dengan beliau yang sedang mobile dalam perjalanan balik dari Majlis Hari Raya rakan-rakan ham Wilayah Selatan yang berlansung di Ayer Keroh dan terus menghala ke Puchong Perdana.. Alhamdulillah, RX audio 9W2OJS 4/8..

Sedang QSO bersama 9W2OJS.. Recieve 1 contact dari 9W2ADD Abg Adinda dari Port Dickson..dapat juga short QSO dengan beliau dan bertukar2 pendapat dan cerita..malam ni mungkin window agak baik bleh RX audio dari 9W2ADD dalam bacaan 4/5 dari Port Dickson-Sungai Besi-Port Dikson.. Dalam sedang QSO dapat lg 1 contact dari 9W2XTK Kang Shuib di Tanjung Karang.. Cumanya malam ni RX audio dari Kang Shuib dalam bacaan 3/2 tidak seperti biasa dan dapatlah juga bertukar cerita dan pendapat mengenai Simplex..

De 9W2ATX
73

Jumaat, 7 Julai 2017

2 Meter Net Simplex V 17 (145.2125 Mhz)

*PEMBERITAHUAN:-*

*Aktiviti Santai*
 
2 METER  Net *(SIMPLEX)*
AROLV17 *(9M4COK)* :-

Assalamulaikum,
Buat semua rakan2. Acara 2M Net akan berlangsung malam ini yg akan dikendalikan spt berikut:-

*Tarikh: 07/07/2017*
*(Jumaat)*
*Jam: 21.00 mlm* *MST*
          *13.00 HRS* *UTC*
*Pengawal Rangkaian;*
*9W2ATX*
*QRA:AIDEL MALAYA DXER*
*QTH:Puchong Perdana*
*Freq : 145.2125 (V17)*

Rakan2 Amatur dijemput bersama utk menyertai dlm acara mingguan ini.

Tip Checkin:
1. Sebutkan Callsign 2 atau 3 kali berserta QTH samada Mobile, portable dan base station tak perlu disebutkan
2. Apabila dipanggil oleh NCS nyatakan Oper..QTH..RX audio NCS dn TX power
3. Tujuan 2M Net adalah utk latihan dan set up alat2 radas dan peralatan  di base station, mobile mahupun Portable.

Harap maklum..
Saya Yang Menurut Perintah,
*9W2VWT*
*BIRO SIARAYA*
*KELAB RADIO AMATUR MELAYU JLN KLANG LAMA (9M4COK)*

Alhamdulillah..selesai Net Santai 2 Meter Net di Frekunsi Simpleks V17..

Pusingan 1

9W2YFS-Tasik Sri Rampai-4/8 (P)
9W2AON-Bdr Tun Razak-5/9 (M)
9W2JNJ-Tasik Sri Rampai-4/8 (P)
9W2DQM-Negatif Copy
9W2XEZ-Tasik Sri Rampai-4/8 (P)

Pusingan 2

9W2ZIT-Andalas-4/7 (P)
9W2XTK-Tanjung Karang-4/2 (B)
9W2KMB-Ulu Yam-4/5 (B)
9W2DYA-Batu 10 Cheras-5/9 (B)

Pusingan 3

9W2NNU-Puchong-5/9 (B)
9W2YIZ-Sg Buloh-5/5 (B)
9W2YZS-Meru-5/5 (B)
9W2OLR-Sg Plong-4/2 (B)
9W2MSZ-Putrajaya-4/7 (M)

Pusingan 4

9W2FEF-Puchong-5/5 (B)
9W2DPZ-Shah Alam-5/9 (M)
9W2XDD-Meru-3/2 (B)

Pusingan 5

9W2VMW-Batu 9 Cheras-4/5 (M)
9W2ZQI-Sg Buloh-5/5 (B)
9W2EFJ-Sg Besi-5/9 (B)

Pusingan 6

9W2VDN-Putrajaya-5/9 (B)
9W2RGZ-Wangsa Melawati-5/9 (P)

Pusingan 7

9W2FDK-Putrajaya-4/2 (B)

Pusingan 8

9W2AXF-Bukit Antarabangsa-5/7 (B)

Terima kasih kepada semua 24 stesen yang berkelapangan dan boleh sy RX mulai jam 1000H hingga 2345H

De 9W2ATX
Aidel
73







Khamis, 6 Julai 2017

Radio amatur

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai isyarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Pengendali radio amatur juga boleh menggunakan satelit amatur untuk berhubung sesama sendiri. Dengan mengunakan peralatan radio dan antena yang biasa digunakan oleh mereka, mereka sebenarnya mampu untuk mengunakan cara komunikasi seperti ini. Satelik ini dibangunkan dan diseliakan oleh pertubuhan radio amator itu sendiri secara suka rela seperi AMSAT. Dengan menggunakan sistem ini, para pelajar sekolah dan pengendali radio amatur boleh bercakap dan berhubung dengan angkasa yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

de 9W2ATX
7 Jun 2017
1458H

Cerita Malam Minggu di V17

Seperti biasa jika berada di Base Station.. Rig akan sentiasa stanby di Frekuensi 145.2125Mhz.. Pada 9 Jul 17 lebih kurang jam 2215   dpt m...